Waris (siri TV)

Waris adalah sambungan kepada drama 'seram yang pernah memenangi Anugerah Drama Rantaian Terbaik pada tahun 2009, iaitu 'Kekasihku Seru'.'Waris' mengisahkan hidup Marissa & Rashad selepas 10 tahun berlalu, dimana Marissa pernah diganggu oleh Waris. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Amar. Hidup Amar penuh ceria dan kebahagiaan. Namun, Marissa sering sedih diatas kematian kembar perempuan Amar pada hari kelahirannya. Mas Ayu telah mambangkitkan semula Waris dari kubur asalnya. Waris kini menganggu hidup keluarga Marissa, dan dia memerlukan seorang Tuan baru untuk berkuasa, kerana keaddan Ayu yang semakin lemah. Mas Ayu menyembunyikan kebenaran tersebut daripada Marissa. Pada hari kelahiran Maisarah & Amar, Mas Suri telah melarikan cucu perempuan nya, kerana dia tahu Waris akan kembali untuk menuntut waris perempuan untuk menyambung nyawa, seperti yang pernah Waris lakukan pada Mastura (1900), Masita (1912), Mas Juita (1935), Mas Dahlia (1957), Mas Lela & Mas Ayu (1982).Kebenarannya, anak perempuan Marissa, iaitu Maisarah, masih hidup dan dijaga oleh ibu angkatnya, Zainab. Tetapi, Zainab telah dibunuh dengan kejam dan Maisarah hidup dalam keadaan yang daif, di mana dia selalu dipukul oleh ibu angkatnya. Aida berasa kasihan melihat keadaan Maisarah, lalu mengambil Maisarah untuk dijaganya. Namun, Cik Aida tidak pernah sedar bahawa Maisarah sering ditemani oleh 'Cik'.Berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya dari terus diancam Waris? Siapa Cik' yang menjaga Maisarah? Kembalikah Maisarah pada pangkuan keluarga kandungnya? Terhapuskah Waris?